Kat Diana & Kogi Awang

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 6, 2011

Jom belajar buat Isi karangan

Hai semua , entry kali ni lain sikit . selalu nya asyik nak bergosip je kan tapi kali ni baik sikit lah nak berkongsi ilmu pengetahuan dengan u all semua. ni pon belajar dekat sekolah .

jom kita belajar cara-cara nak tulis isi  karangan . Act , i belajar ni dengan cikgu Wok Mariani :) cikgu BM kita lah . dua tahun cikgu Wok ajar kita BM :)

Contoh Perenggan Dedektif

Perenggan Isi : isi pertama


     Dalam sektor kerajaan dan swasta, terutamanya dalam bidang pentadbiran komputer digunakan untuk memudahkan pelbagai jenis urusan. Hal ini terbukti apabila hampir semua pejabat kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat. Sebagai contoh, komputer digunakan di kaunter bank atau pejabat pos untuk urusan surat-menyurat, penyimpanan dan pengeluaran wang, pengesahan maklumat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, komputer mampu meningkatkan produktiviti pengurusan dan sekali gus dapat meningkatkan pembangunan negara.


Ayat Topik /Ayat Judul
- ayat yang mengandungi isi / idea utama sesuatu perenggan.


Ayat Huraian
- ayat yang memperincikan ayat topik dan mengawal idea/isi yang dinyatakan.

Ayat Contoh
- ayat yang memberi maklumat sebelumnya


Ayat Penyimpul
- ayat yang memberi penegasan sesuatu idea.




Contoh Perenggan Induktif


Perenggan isi : isi kedua


     Di samping itu, jangan lah kita menjadi seperti "kacang lupakan kulit", umpama melawan ibu bapa atau menentang kerajaan yang banyak berjasa, membuat huru hara dan sebagainya, yang akan menyebabkan perpaduan yang kita bina selama ini terancam. Kenangilah jasa dan pengorbanan yang dilakukan semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan kita semua. Misalnya, pelbagai infrastruktur telah disediakan oleh kerajaan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lebuhraya Utara Selatan, universiti, sekolah dan sebagainya untuk memudahkan rakyat Malaysia. Jadi, rakyat Malaysia patut berterima kasih kerana dikurniakan pemimpin-pemimpin berkaliber dan berwawasan serta kerajaan yang kukuh dan negara yang aman dan damai.



Ayat Huraian
- ayat yang memperincikan ayat topik dan mengawal idea/isi yang dinyatakan.



Ayat Penyimpul
- ayat yang memberi penegasan sesuatu idea.

Ayat Contoh
- ayat yang memberi maklumat sebelumnya



Ayat Topik /Ayat Judul
- ayat yang mengandungi isi / idea utama sesuatu perenggan.


Alamak , macam lupa nak cerita cara2 nak buat Pendahuluan utk karangan je ? hehe . tak pa next entry i cerita mcm mana nak buat pendahuluan karangan . 

i harap apa yg i tulis ni sedikit sebanyak dapat share dengan u all kan ? 


KatDiana : dengar cerita exam BM masuk tatabahasan dgn rumusan je tak silap lah . papepun good luck semua utk exam :)

No comments:

Post a Comment