Kat Diana & Kogi Awang

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 7, 2011

busy month , busy body and BB

salam semua ,

first sekali mintak maaf sensangat sbb agak2 dah sebulan tak update blog ni . bersawang jak blog ni . meh kita buat blog warming . HAHA .

actually im quick busy with my kawad and hoki . wahhh sumpah bz gilak . pertandingan kawad kaki daerah 9.4.2011 . location : PPD hulu langat kajang . walaupon kalah kan , kalah kan , tp tetap gembira . kitaorg dapat no 8 . and utk KP dapat no. 4 alhamdulillah .


after kawad daerah kitaorg direhatkan seminggu utk fokus kembali kepada pelajaran . tapi , saya bukan berehat pon . bz training hoki pulak . saja je gatal2 merasa nak jadi pemain hoki . best actually main hoki ni . baru je beberapa hari training hoki then dah ada friendly dgn SMAPK . woishh team power tu . mmg kalah terok punya . tapi banyak jugak kita org belajar dr friendly dgn SMAPK . then we all dah improve byk time game sebenar pada 20.4.2011. tapi rezeki tidak menyebelahi kami . kami still kalah . but at least kitaorg tak patah semangat and dah try to do the best kan ?


lepas je hoki , 23.4.2011 , kitaorg dah lawan kawad kaki peringkat sekolah . everything was ok . dieorg pon lagi banyak improve kawad dieorg . much more better than kawad daerah . but lagi sekali rezeki tidak menyebelahi  kami . kami tidak dapat johan keseluruhan . kami johan utk kawad formasi and tempat ke empat utk kawad asas . its ok we have try our best kan awak-awak :)


so tu sebab lah kita terlalu bz dengan aktiviti dkt skola . tapi dalam2 bz tu kita dapat suprise dari kogi . die bagi kita hadiah time anniversary kitaorg yg ke 2 . kita tak bagi pape pon dkt die . aishh , sian die .

TARAAAA ....

die bagi kita ....


ehhh blueberry .


ehhh strawberry....


eh bukan lah





ohhh , Blackberry ..


wahh idaman tu , kita dapat tak ku sangka .

thank you Kogi Awang <3


KatDiana : lepas ni Ipad 2 pulak ye takda guraulah . ramai betol nak jadi madu aku hehe gara2 aku dpt bb , semua nak ipad lah laptoplah banglo lah hahaha.


Wednesday, March 23, 2011

Result gempak woww

hai semua .


kita nak cerita ni pasal result . apa ? result SPM . bukan ke Kat Diana ni baru form 5 (2011) ? haaaa , ni nak cerita pasal result ujian akademik 1 kita lah .


kita kan kan , tak lulus 1 subjek ni . heyyyy , kenapa tak lulus ni ha ? Kat apa nak jadi dengan kau ? tu lah ayik mengelamun je . muahaha . amalan mulia tu kan .


BM - lulus
BI - lulus
Math - lulus
SC - lulus
Agama - belum dapat (macam ada potendi nak fail)
Add math - ehh , lulus lah
Ekonomi asas- lulus
Prinsip akaun - lulus
Seni - lulus


semua lulus apa yang gagal nya ??





SEJARAH lah apa lagi .



jangan cerita pasal sejarah dkt kita . mmg tak masok hotak pon ! mmg masa sejarah rasa nak tido jeee .
apa ni , ramai jugak yg gagal takpa kita gagal berjemaah ea korg ?


ni haaa , kita nak cerita pasal result spm .


my BB kan amik result hari ni . okey lah result die . saya paling tak percaya math die lulus . fikir tak *tulah don't judge the book by it's cover ye cik Kat :)


: muka macam gembira je dapat result SPM (bdk laki duo eko ni ha) * okey muka aku buru kbye 

KatDiana : congrets to my cousin , nur azimah shamsuddin sbb dapat 5 A . wowww . banyak nye A macam boleh sedekah satu dua A dkt kita je . lagi sorang cousin belum dapat kabo lagi muahhaha.

Monday, March 21, 2011

muka kene sabotaj

hai semua ,


ni nak cerita and mengadu dekat u all , dah berapa hari kita tak update blog kan . asyik lebih kan Muka Buku kita je kan ? ini tidak adil , kita bako je Kat Diana ni . Eh jangan bako kita , nanti kita takleh amik SPM , tak leh nak belajar buat Fondant Kek muka Ben-10 kan ?


dah dah .....


Diam !!


Kita memang comel (muka bangga)


eh , apa kau merepek macam makan kerepek ni Kat oiii. okey ni nak cerita pasal muka ni baru teringat pasal muka kita yang kene sabotaj . haaaaa , apa ? kene sabotaj ? sapa sabotaj ? sapa simbah asid dkt muka kau , Kat . hilang kecomelan nya sudah ! haha.


Jap , semua jangan gelabah ye .. Kat still okey . cuma otak die mmg tak pernah nak center . Hahha . Muka still comel . auwwww , terperasaan sekejap . okey diam , Kat.


okey , seminggu cuti tak kemana pon . balik kampung pon sehari je pon . sebab skg ayah tengah buat rumah kan . so kene balik tengok2 perkembangan seinci dua kan . dari hari isnin sampai khamis kita kene panggang bagai kan BBQ di dataran sekolah yee .


Kita ada training kawad lah . pertandingan kawad sekolah nak dekat dah ni . so kene lah practice . practice punya practice punya practice muka pon kene sabotaj yg matahari .wowwww , bagai mana kah itu . eh , muka hitam lah . berbelang mcm kuda belang kan .


Mmg ramai yang tegur . 'Eh kat , asal muka kau hitam. kau mandi pantai ke?' . tak lah . saya takot pantai . kita suka pikir negatif , mcm ada ikan jaws lah apa lah . hehe .kita kawad , pagi , dari pukul 8 pg sampai 12 tghari . mana tak muka hitam .


alaaa , hitam sekejap je , nanti time nak amik SPM gerenti kita putih balik . wowww , boleh ngorat pengawas yg jaga kita tu kan . mintak jaawapan . bkn selalu nak buat mcm tu . aishh terlalu jujur pulak !


kantoiiiiii .......


Dah lah muka kita dah hitam , suara selamat tak hilang mcm dulu . dulu terok gila . skg dah okey dah . tapi teringin pulak nak suara rock-rock mcm ella kan . mesti ramai tergoda dgn kita kan ? muahhaha . gatal pulak .


KatDiana : Result exam kita kan ada yang :) ada yang :'( . yang menduka cita kan , subjek yg jarang orang gagal , aku GAGAL , tapi subjek yang selalu org gaal aku LULUS pulak . aik ? pelik pelik

Monday, March 14, 2011

Sedihnyaa.. Tak dapat join Jom Blogwalking Bersama Jejariruncing!

Hai semua ,


As u all know , entry before this i cerita pasal i mimpi kak elia kan ? but baru2 ni , i tau kak elia ada update entry baru pasal Jom Blogwalking Bersama Jejariruncing! . time tu i on gune phone . so tak berapa nak baca sgt entry tu but i know kak elia buat contest kan ?



tup tup tadi baru dapat buka blog kak elia , i nampak dah ada list peserta . wuaaaaaa :( akak , kenapa buat sekejap je ? buat lah lama2 sikit . nak join . kita tau , mesti ramai lagi yang nak join contest tu .


nanti2 akak buat lagi tau tau :) muahahha . syg akak . aishh macam ni lah org kalau kekurangan kasih syg seorg kakak mcm ni lah . hehe . almaklum anak sorg perempuan katakan .



nak tau tak , muka excited gila bila kak elia komen dkt blog kita . yelah sapa lah kita kan , tapi kak elia nak jugak usha2 blog kita and leave a comment . muahahah . muka excited + teruja ni .



: yang ini sumpah sweet :)
kak elia cakap die bagi kita ciplak gambar die , so kita nak curik gak . gahgahgah.

KatDiana : alamak dah lupa lah apa kita mimpi haritu . kita ni ala ala mokcik mokcik sikit . pelupa . banyak makan semut mcm ni lah . muahhaah XOXO.

Saturday, March 12, 2011

Kita mimpi dia Kita mimpi dia

Kakak JEJARIRUNCING <3

hai semua ,


Sorry sebab dah lama tak update blog ni . asyik on FB je kan ? sorry sangat sebab minggu ni exam . so , tak boleh nak bape on sgt lah . kene stdy je. kuikuikui . study ke ? heheh msti study punye lah .


haaaaaaaaaa. kita ada cite yang masih fresh tau .


ini kisah si katkat yang kuat berangan . hahahhaha


okey mcm ni . smlm mmg i penat sangat tau . mcm stress je . mmg stress pon . after get back from great eastern i teros tido . pnt . ptg tu pulak ada kawad . then baru nak tido ada pengacau , mmg i mengamuk lah . then baru dapat tido dengan aman dan damai .


tetibe..... suspen sikit...


jeng jeng jeng....


i termimpi about Aimie Harmelia ala kakak jejariruncing tu lah , alaaaa , blogger yang famous tu lah , alaaa gf keeper malaysia tu yang encem2 tu , Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) tu . dah tau kan ? kuang kuang kuang .


tetibe je i mimpi pasal die . mmg i minat gila baca blog dia . selalu nya if i on lappy and dah connect to internet mmg i usha blog dia dulu . bukan je i minat dkt KFCM tu tapi i minat dkt awek die jugak . blog dia wa cite sama lu , mmg syok habisss .


baca cite die mmg tersenyum lebar . mmg best lah . kadang kadang kalau tengah tak da mood i baca blog die teros ada mood . serius tak tipu . muka serius niiii . and i jeles sangat  dengan relationship die and KFCM . so sweet meh . aish mana lah die kutip abg KFCM tu ea? aishhhh..


die mmg sweet . humble je tengok die punya dress up . and sweet bila pakai tudung lagi2 kalau tak pakai cermin mata . woishh mmg tak jeles kak ! :( suka tengok die time pakai braces . tu belum dengar die cakap lagi . mesti lagi sweet . ye mmg i suka denga org pakai braces bercakap . mmg best . aish rasa nak je cabut braces dieorg so that aku boleh pakai . HAHA.


so , apa yang i mimpi pasal Kak Elia ni , biar lah rahsia . mybe sebab terlalu minat and excited dekat die kot . aishhh . jangan Kat . excited bila baca blog die . lagi excited kalau dapat jumpa die . okey lah nak chaw chaw . ada training kawad , walaupon demam tetaap pergi tau nyah .


KatDiana : sorry gambar Kak Elia i tak boleh nak curi dari FB or her blog sbb i takot die marah bcoz die pernah cakap , 'Saya TIDAK akan mengHALALkan sebarang gambar yang diambil dari dalam entri atau blog ni tanpa meminta keizinan saya.' so kita takot nak mintak izin . sorry akak . muahaha.

Sunday, March 6, 2011

Jom belajar buat Isi karangan

Hai semua , entry kali ni lain sikit . selalu nya asyik nak bergosip je kan tapi kali ni baik sikit lah nak berkongsi ilmu pengetahuan dengan u all semua. ni pon belajar dekat sekolah .

jom kita belajar cara-cara nak tulis isi  karangan . Act , i belajar ni dengan cikgu Wok Mariani :) cikgu BM kita lah . dua tahun cikgu Wok ajar kita BM :)

Contoh Perenggan Dedektif

Perenggan Isi : isi pertama


     Dalam sektor kerajaan dan swasta, terutamanya dalam bidang pentadbiran komputer digunakan untuk memudahkan pelbagai jenis urusan. Hal ini terbukti apabila hampir semua pejabat kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat. Sebagai contoh, komputer digunakan di kaunter bank atau pejabat pos untuk urusan surat-menyurat, penyimpanan dan pengeluaran wang, pengesahan maklumat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, komputer mampu meningkatkan produktiviti pengurusan dan sekali gus dapat meningkatkan pembangunan negara.


Ayat Topik /Ayat Judul
- ayat yang mengandungi isi / idea utama sesuatu perenggan.


Ayat Huraian
- ayat yang memperincikan ayat topik dan mengawal idea/isi yang dinyatakan.

Ayat Contoh
- ayat yang memberi maklumat sebelumnya


Ayat Penyimpul
- ayat yang memberi penegasan sesuatu idea.




Contoh Perenggan Induktif


Perenggan isi : isi kedua


     Di samping itu, jangan lah kita menjadi seperti "kacang lupakan kulit", umpama melawan ibu bapa atau menentang kerajaan yang banyak berjasa, membuat huru hara dan sebagainya, yang akan menyebabkan perpaduan yang kita bina selama ini terancam. Kenangilah jasa dan pengorbanan yang dilakukan semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan kita semua. Misalnya, pelbagai infrastruktur telah disediakan oleh kerajaan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lebuhraya Utara Selatan, universiti, sekolah dan sebagainya untuk memudahkan rakyat Malaysia. Jadi, rakyat Malaysia patut berterima kasih kerana dikurniakan pemimpin-pemimpin berkaliber dan berwawasan serta kerajaan yang kukuh dan negara yang aman dan damai.



Ayat Huraian
- ayat yang memperincikan ayat topik dan mengawal idea/isi yang dinyatakan.



Ayat Penyimpul
- ayat yang memberi penegasan sesuatu idea.

Ayat Contoh
- ayat yang memberi maklumat sebelumnya



Ayat Topik /Ayat Judul
- ayat yang mengandungi isi / idea utama sesuatu perenggan.


Alamak , macam lupa nak cerita cara2 nak buat Pendahuluan utk karangan je ? hehe . tak pa next entry i cerita mcm mana nak buat pendahuluan karangan . 

i harap apa yg i tulis ni sedikit sebanyak dapat share dengan u all kan ? 


KatDiana : dengar cerita exam BM masuk tatabahasan dgn rumusan je tak silap lah . papepun good luck semua utk exam :)

Jadi pengacau best apa

ni celita tentang perangai i yg bukan sahaja suka mengacau org tetapi suka mengacau barang org . mmg i suka mengacau barang org  lagi2 my parents punca barang . kalau hilang je barang2 dieorg mmg i and my brother lah yg dieorg carik .


barang yang paling kitaorg suka kacau is cermin mata Ray Ban my dad . act, ayah ada dua cermin mata Ray Ban . ala cermin mata yg bebudak skg ni suka pakai yg mcm Noh Hujan pakai tu . satu tu cermin mata biasa2 je and lagi satu cermin mata Ray Ban yg boleh lipat2 tu . mmg i adore gila . sebab limited edition . i mmg minat barang2 limited edition ni . tapi tak mampu lak nak beli . baru2 ni i tengok cermin mata tu harga dia RM 899 mahal gila kot . my dad beli tu dah lama dah . time dia muda2 dulu . so i and my brother yang suka market + mengacau barang2 mmg suka amik cermin mata ni without pengetahuan my father . 


perangai kitaorg berdua ni mmg suka mengacau barang2 parents kitaorg . mcm jam , cermin mata , beg , cap. haha . and dah guna semuanya stok pengganas punya . then dah rosak semua diam membisu . so kalau u all nampak i ni mcm org kaya or wateva , actually we're not . semuanya barang pinjam jee .


pernah dulu , my brother amik cermin mata Ray Ban tu , then tetibe hilang . carik punya carik punya carik , marah punya marah punya marah . leklek jumpa dlm beg . sengal . then teros my dad sorok kan benda tu . but last2 i found it dkt dlm almari . wink wink jahat tak?


my dad ni mmg ada hobi mengumpul cermin mata hitam , jam , baju and minyak wangi . minyak wangi tu berbotol-botol dkt dlm bilik tu . mcm2 ada then bau semua hard . mmg pengsan lah jawabnya . so kalau dah banyak sgt minyak wangi tu mana taknya anak jantan nya pon mengacau . baju pulak satu almari penuh dengan baju dia . takcukup dengan tu , dkt almari my brother pon ada separuh baju dia . baju ride die lah . baju dpt time LTdL lah .


i lak jenis suka kacau barang2 my mum . lagi2 jam dia . mmg i suka mengacau . ada i jam ni mmg i adore gila . jam swatch , dia jenis bertali tau . mmg limited edition punya . i mmg suka pakai jam tu , but lama2 boring , pakai lah jam casio my dad . sbb i mmg jenis suka jam warna hitam and nampak yg sporty sporty ni mmg i minat gila . 


so , habit jadi pengacau ni mmg dah sebati dalam diri i . i lak jenis marah kalau org guna barang i . my mum slalu marah i sbb i slalu marah my young brother coz he like tu kacau2 my pensel case . then my mum mesti ckp ' tulah slalu kacau barang ibu , ibu marah . skg padan muka org kacau barang kamu kamu marah kan ?'. yeah satu like :)


p/s : kita nak kumpul barang barang jenama Apple bila kita dah besar and dah ada duit . sbb i mmg minat dengan design dia and warna-warna dia <3