Kat Diana & Kogi Awang

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 15, 2011

Kenapa Kat Diana menangis ?

hai semua , ni cerita pasal menangis . Kat ni mmg seorg yg sensitif . senang menangis lah kira nya , tak boleh tk boleh tgk org menangis . bila tgk orang menangis Kat pon nak nangis sama . apa punya olang la ini . haha . tapi cerita sebenarnya bukan yang itu . tapi cerita tentang pergi nya seorg yg dikasihi dr dunia ini . 

Pada hari khamis pagi , ibu dapat call dari kg ayah . makcik Kat yg duduk kampung tu , Wak Intan call and cakap nenek meninggal dunia sbb jatoh dkt bilik air . ibu terima call tu dalam pukul 6.15 pagi . then , ayah call semua family untuk bgtau berita ni . hari tu mmg hari persekolahan . time tu Kat dengar bunyi alarm phone memekak2 . lagu So What nyanyian Pink menggegarkan katil Kat . tapi tak ku hiraukan . then ibu pon kejotkan Kat . time tu agak terkejot . sbb biasanya bila ibu kejotkan Kat ayah tak bangun lagi . tapi pagi tu Kat nampak ayah tengah pegang phone and menangis . ibu pon cakap nenek dah tak ada . dengan blurr nya Kat tanya ibu , nenek mana yg tak ada ni ? yelah Kat masih ada dua nenek kan . bila ibu ckp je nenek ayah teros Kat bangun then mandi .

Lepas kemas2 baju , pakai main masok je baju apa . yg paling penting Jubah ada . pukul 7.15 pagi dah keluar rumah . pagi2 biasa lah jam bagai nk gila . org pergi kerja lah , hantar anak sekolah lah . kiteorg pergi shah alam dulu ambil abg . abg duduk dkt shah alam ,dia belajar dkt shah alam kan . after ambil abg teros balik kg . ayah bawak kereta 120 km/j . laju gilaa . dalam perjalanan ke kg , Kat teringat minggu sudah time semua org balik kg mengemas kg . arwah nenek ada ckp 'nenek kalau meninggal taknak meninggal dkt KL (rumah anak2nya) , nak meninggal dkt sini (kampung) jugak'. rupa nya mmg ajal dah sampai .

setibanya kiteorg dkt kg , ramai keluarga , org2 kampung dah ada . ramai sgt org . Kat dpt cium arwah nenek. menangis melihat nenek dah tak ada . after mandi kan jenazah , Kat tak mandi kan lah . ibu and ayah mandi kan la . dah kafan kan sembahyang semua , kebumikan pulak . kubur arwah sersebelah dgn kubur arwah datuk Kat , hj ahmad b abdul rashad . yang meninggal time Kat kecil lagi . dah siap kebumi semua , semua org balik kg . dah balik je Kat teros makan . lapar gila . dari pagi tak makan. tu pon makan pukul 1 tengah hari . itu bukan breakfast tp Brunch . hihi.

Malam pulak tahlil . tahlil biasa nya buat 3 hari berturut2 . skg Kat dkt rumah , balik kejap , sebab haritu pakai main balik je kan , rumah tk berkemas , baju dkt ampaian tk berangkat . so after zohor ni nak balik kg balik , malam ni last day tahlil . ahad semua balik KL dah . sunyi rumah nenek .

: sebelah kanan arwah nenek , Hajjah Sa'adah bt Samat

p/s : sekarang Kat hanya ada seorg nenek . Ya Allah , engkau panjangkan lah umur nenek ku, Parmi bt Surip .sesungguhnya aku amat menyayangi nenekku . Oh ya Allah , kau tempatkan lah arwah nenek ku, Sa'adah Bt  Samat di kalangan org yg beriman . amin .
AL - FATIHAH

No comments:

Post a Comment